Sunday 27 July 2008

Semangat Makin Jatuh?

Ni satu cerita yang mengemparkan dan memilukan hati bile dapat tau ade budak2 warga orkestra yang semangatnya telah jatuh dan buat pelbagai aktiviti yang boleh mengancam kedudukan pasukan orkestra seperti tak nak turun latihan ngan keluar daripada band without consent from authority.

Sesungguhnya perkara ni akan menyebabkan pelbagai program kemajuan orkestra 2009 yang telah dirancang selama ni terganggu dan menyebabkan pelbagai masalah.

Masalah ini akan menjadi bertambah teruk dengan ketibaan alat2 baru yang dijangka tiba tak berapa lama lagi. Alat dah ade tapi takde pemain yang berkualiti nak main. Kepada semua pemain, please do take this as serious matter. Anda mempunyai tanggungjawab bagi memastikan tahap profesionalisme anda pada tahap yang tinggi. Sebagai Badan Beruniform paling Mahal kat SMSS, anda kena memastikan bahawa anda juga 'mahal' dengan memastikkan anda mempunyai didiplin yang tinggi dan mempunyai skill yang tinggi.

Jangan kan kerana tak suka dengan ahli pasukan yang lain menyebab kan anda ingin keluar daripada keluarga orkestra. Remember, this is our family, selisih faham tu memang biasa dan dont take it as serious matter. By applying concept give and take InsyaAllah perkara ni boleh selesai.

To my dearest form 3, please jangan keluarkan kenyataan anda nak keluar daripada Keluarga orkestra sesuka hati sebab perbuatan ni akan meruntuhkan martabat anda, band dan dalam masa yang sama menimbulkan huru hara dalam band. Kami faham mungkin disebabkan tekanan perasaan disebabkan PMR yang akan menjelang tiba, korang buat macam ni. Untuk pengetahuan semua, Pn. Shahrul akan melepaskan semua F3 daripada sebarang program orkestra tak lama lagi bagi membolehkan anda memberikan fokus sepenuhnya kepada peperiksaan anda.

Kepada yang lain, tlg berikan kerjasama dengan menghadiri sebarang latihan wajib persatuan. Tu yang penting. Kami mahu anda luangakan masa 10 jam seminggu untuk fokus aktiviti orkestra. Tetapi dalam masa yang sama jangan abaikan aktivti Akademik anda yang menjadi main job kita semua. Sebarang masalah jangan simpan dalam hati. Terus jumpa cikgu atau senior atau email@sms Bro Rizal untuk kami cuba selesaikan masalah anda.

To all parents, please continue to support your children. Jika ada masalah seperti masalah akademik anak atau masalah disiplin anak atau masalah kesihatan anak atau apa2 sahaja masalah, diharapkan kita dapat berbincang dengan baik bagi mencapai penyelesaian yang baik dan tidak membuat tindakan seperti mengarahkan anak2 masing2 keluar daripada keluarga orkestra. Sebarang aduan atau cadangan boleh diajukan terus kepada Pn Shahrul@En. Nizam(ketua Jawatankuasa IBUBAPA)@ Rizal. InsyaAllah kita boleh sama2 selesaikan.


Sepakat Membawa Berkat.
Semoga Allah Sentiasa Memberkati Kita

With regards,
Muhammad Rizal Mat Isa
Perunding Operasi,
Pasukan Orkestra SMSS