Wednesday 22 December 2010

Exam oh Exam

InsyaALLAH

Hari esok merupakan hari terpenting dalam sejarah hidup seorang pelajar tingkatan 3. Terutamanya kepada warga TheR, Didoakan sepenuh hati agar mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti. .

So, semoga berjaya dan jangan lupa claim hadiah daripada para OC(oc hulur la skit hadiah...)

Jadi apabila naik cuti kali ni, macam biasa program untuk kita semua dah penuh. Ye, dah penuh!!! (seronok sebut). Daripada community service kita sehinggalah ke projek Luar Negara. Semoga Allah membantu kita melaksanakan segala perancangan program ini. (macam biasa majlis ibu bapa jangan lupa ye!!!)
huhuhu




So esok, semua akan beratur dan tangkap gambar macam ni. huhuhu

Thursday 16 December 2010

CABARAN BARU,SEMANGAT BARU!!!!

hey suma,
dh lame blog ini tidak di 'updated..
so,thanx to Rizal Isa..
now,i'm Rizal Hafiz hav a copyright to and will manage this blog di
samping rakan2 o.c yg laen dan juga banders of TheR..
segala event family TheR akan di updated untuk tatapan para p'baca yang tidak jemu m'nyokong TheR..thanx

tahun 2010 akan melabuhkn tirai nyer beberape hari lagi..
dan tahun 2011 akan datang menjelma..

mari kite preview k'jayaan TheR pada tahun ini..

~Pertandingan Awal Wind Orkestra SBP-Anugerah Emas dan layak ke Finale..
(4 the 1st time,new history 4 SMSS n TheR)

~Pertandingan Finale Wind Orkestra SBP-1st Runner Up..
(tidak ada rezeki untuk b'gelar 'sang juara'..still b'syukur dan sangat bangga)

~Singapore International Band Festival-Silver Award
(1st time sertai pertandingan di oversea)

berikut merupakan pertandingan2 yang telah TheR sertai pada tahun 2010..dengan usaha gigih dan tanggungjawab daripada setiap player n sokongan yang padu daripada barisan o.c,kami telah b'jaya menaikkan nama TheR di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa..

kami juga telah menerima banyak undangan dan jemputan untuk membuat persembahan dalam sekolah dan negara..dengan peruntukan wang daripada Kluster Kecermelangan Orkestra dan sokongan Majlis Ibu Bapa Orkestra SMSS,segala persiapan pada tahun ini telah menjadi lebih mudah dan senang..jutaan terima kasih di ucapkan..

seribu penghargaan ditujukan kepada Presiden TheR 2010,saudara Ahmad Armim di atas keyakinan yang tinggi dan usaha memajukan orkestra ini..kepada saudara Rizal Isa,Orkestra Consultant yang telah lama b'sama kami dan yang telah m'bantu dan b'penat-lelah untuk kami selama ini..

Barisan saudara2 dan saudari2 O.C:
~Habib Yunus
~Mohd Nazeem
~Raja Nur Farahin
~Muhammad Firdaus a.k.a Ben
~Syarif Syahrul Syazwan
~Muhammad Julaibib a.ka. Wak
~Efizuliana

thanx korang tolong TheR..jasamu dikenang..kepada player Form5 a.k.a Visionaries0610,masa korang telah sampai di penghujung nyerr b'same TheR..harap korang akan m'jadik O.C di masa hadapan dan m'bantu junior2 kamu untuk terus b'jaye..

juga tidak dilupakan Sir Azhar Azharuddin,terima kasih di atas segala ilmu yang telah di curah kan kepada kami..harap sir akan terus b'same kami menempuh dugaan dan cabaran pada tahun hadapan..Puan Shahrul Bariyah,cikgu t'sayang,terus kan perjuangan cikgu m'bela nasib kami..kami sayang Sir dan Cikgu!!!!

kepada player TheR tahun 2011,
gudluck korang dalam m'nempuh cabaran dan rintangan next year..
jangan lupe training hard dan maen mesti ade 'expression' okayh..
bagi kerjasame kepada senior korang t'utama Presiden TheR 2011,saudara Mikhael dan Conductor,saudara Nazran..harap korang akan m'nyambung tradisi k'cemerlangan para presiden dan conductor TheR seperti saudara Faliq Aizat(Best Conductor SBP WOC Festival 2010)..jangan putus asa dan terus m'macu TheR ke arah kejayaan okayh..

1st projek TheR pada tahun 2011,
The Annual Charity Dinner TheR..
hope dapat kutip dana yang lebih banyak daripada tahun ini..
so dat,TheR akan m'dapat ahli baru dalam family insrument
such as rotary tuba,basson dan lebih banyak oboe,clarinet,flute,saxophone,
french horn,trombone dan euphonium..

so,
cabaran baru..semangat baru..
tahun 2011..akan kite buktikan
bahawa kite mampu m'jadik JUARA peringkat SBP
dan juga ANTARABANGSA..
chaiyok2 TheR..
go TheR go..!!!!

di sini,
saya juga ingin mem'promote' TheR kepada anda sekalian..
kepada sesiapa yang mahukan persembahan orkestra b'taraf MPO dan profesional untuk ape2 event anda..anda boleh lah dan di galak kan m'jemput kami,TheR untuk memeriahkan majlis anda..bagaimana???anda bolehlah tinggal kan nombor telefon anda dan kami dengan besar hati akan menghubungi anda..kepada anda yang m'rasakan anda m'punyai kritikan,teguran ataupun pujian..anda dialu-alukan untuk meninggalkan comment anda di sini..thanx

sekian..

Wednesday 31 March 2010

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT!!!!

Pada 26-28 March yang lepas, TheR telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di Bukit Merah Lake Town Resort, Gunung Semanggol kira2 20 minut daripada SERATAS. TheR telah mendapat jemputan daripada pihak Kelab Prostar Malaysia bersempena Konvensyen Prostar Kebangsaan kali ke X.

Tepat jam 4.15 petang hari Jumaat 26/3, maka berangkat la TheR dari Bumi SMSS ke BMLR. Sebanyak 2 bas dan 1 lori terlibat dalam konvoi ni. 70 orang pelajar, 3 guru dan 8 O.C. telah terlibat untuk menjayakan program ini. Sepanjang perjalanan macam-macam perkara lucu dan pelik telah berlaku. Pengagihan bas pula: Bas Utama (yang mana menempatkan kesemua Team Management, O.C. ketua guru., S.L. dan budak2 terpilih) dan Bas Kedua pula dinaiki oleh team members daripada ting. 2 dan 1 dan dijaga oleh Saudara Rizal Hafiz (Naib Presiden). Dalam Bas utama, lawak Perempuan Kaabah telah berjaya mengamatkan susana. Thanks to O.C. SSS kerana berjaya menyampaikan lawak tu dengan baik.

Setelah berlakunya perlumbaan yang dasyat antara lori, bas utama dan bas kedua, akhirnya kemenangan berpihak kepad O.C Nazeem yang telah sampai dahulu di BMLR dengan menaiki kereta wiranya. Tahniah!!!

Malam tu telah diteruskan dengan taklimat dan ucapan daripada Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa. Selepas tu team percussion telah mengadakan sessi sound check untuk alat percussion mereka (yelah, dah bawak timpani ngan marimba jauh2 kenalah check takut rosak ke ape ke) Seterusnya kami telah di bwa ke kediaman kami. huhuhu. Best ade Aircond.

Keesokkan harinya telah diadakan sessi warming up dan latihan (termasuklah latihan untuk WOC) ini disebabkan seminggu sebelum tu ade exam, so latihan budak tak cukup (kata ARMIM). pada waktu tengahari, TheR telah dibenarkan untuk bersiar-siar sekitar BMLR. Sesuatu benda yang istimewa dan diingini oleh semua orang telah dijumi: MESIN URUT!!!! Hampir kesemua orang try. Kalau ade benda ni kat Bilik muzik, selamat la form 2. huhu.. Pada waktu petang pula, program diteruskan dengan sound check and pemeriksaan lagu Prostar oleh Dr. Ismail. Fuh, nasib baik lepas. kalau tak mana nak arrange lagi.

Pada Malam itu bermulah persembahan yang pertama, persembahan orkestra untuk semua kesemua delegasi Prostar Kebangsaan berjumlah 800 org. Buat pertama kalinya, segmen persembahan  SOLO instrument telah dipersembahkan.

Hari esoknya (hari terakhir) telah diteruskan dengan persembahan untuk VVIP. Datuk Rosnah Shirlin Bt. Abd Rashid Shirlin, Timb. Menteri Kesihatan Malaysia merupakan VVIP yang telah merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Prostar Kebangsaan ini.

Sebaik Habis sahaja program tersebut, TheR telah bersiap-siap untuk pulang ke Bumi SMSS. walaupun sedih tapi terpaksa pulang segera sebab hari isnin ade exam. huhuhu.

TheR telah selamat tiba di bumi SMSS pada jam 9.40 malam. Program diteruskan dengan sambutan Hari Jadi saudari Durratul Fatini. S.L. Trombone. Selamat Hari Jadi dan Selamat Makan Kek Coffee.

Apresiasi tanpa Nokhtah  Diucapkan kepada

Tn Haji Nor Paizin atas sokongan yang tak berbelah bahagi,
Pn. Roslina Ahmad atas Kehadiran di BMLR menyokong kami,
Pn. Shahrul Bariyah, Ibu TheR yang bertungkus Lumus dari Awal.
Para O..C. yang nak sampai tercabut tulang uruskan program
Para Pemain yang bermain dengan baik,
Para Helpers yang membantu dengan sepenuh hati!!!

dan tak dilupakan kepada Dr. Ismail Lasa, Assoc. Patron Wind Orchestra SMSS dan Pn Rooslina bt. Ahmad, Setiausaha Prostar Kebangsaan atas peluang yang telah diberikan dan penat melayan karenah kami.

Terima Kasih untuk semua

Next Program 10 APRIL 2010.......

Adik Baihaqy minat Ultramen,
Jangan Lupa Tinggalkan Komen!!!!

Sunday 21 February 2010

Happy Birthday Januari and Februari!!!


Selamat Hari jadi kepada semua Warga TheR untuk Januari dan Februari

1) Firdaus
2) Rizal Hafiz
3) Adma
4) Hajar
5) Mikhael
6) Amirul
7) Arief
8) Anis Amira
9) Afiqah
10) Narisha
11)Amirah Dayana
12)Ain Farisya
13)Fitriyani
14)Adham
14) Dan the rest yang tertinggal, sorry banyak2
Posted by Picasa

Saturday 2 January 2010

Selamat Datang 2010

Assalamualaikum tahun 2010.....

Tanggal 4/1/10, bermula lah secara rasmi kalender persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Akan Kembali la semua warga SBP ke asrama pada 3/1/10 membawa misi, visi serta harapan dengan semangat yang baru dan mind yang telah direfreshkan.

Kalender Wind Orchestra SMSS @ The Renaissance 09/10 telah masuk ke pertengahan musim dengan pelbagai pelan serta tindakan  program yang telah dirancang sejak sekian lama. Program yang melibatkan kos beratus-ratus ribu ini hendaklah diikuti oleh semua warga TheR dengan penuh semangat, Tawaduk serta Istiqamah. Jangan lepaskan peluang dan kesempatan yang diberikan. Gunakanlah sebaik yang mungkin.

Pada 24 hb yang lepas, keputusan PMR telah keluar dan Alhamdullilah hampir keselutuhan warga TheR ting. 3 berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tahniah serta Syabas. Tetapi jangan dilupakan kepada Ahli keluarga kita yang kurang bernasib baik, sama2 naik untuk ke ting. 4 yang penuh dengan cabaran.

Kepada pelajar yang lain, tahniah kepada yang berjaya mendapat tempay di kelas yang terbaik. Kepada yang tak berjaya, pastikan diri anda berusaha untuk mendapat tempat tersebut pada tahun seterusnya. Target O.M. untuk akademik adelah untuk memastikan semua warga TheR mendapat tempat 2 kelas TERBAIK. InsyaALLAH.

Pelbagai alat yang baru akan mula masuk tak berapa lama lagi, maka kepada Warga TheR yang telah diamanahkan untuk bermain alat tersebut, berlatihla bersungguh2 dan pastikan diri itu mampu untuk bermain alat tersebut pada waktu preliminary nanti. Amat llah rugi kepada pasukan jika mempunyai alat-alat tersebut tetapi idak mampu dimainkan oleh pelajar.

Kita tinggalkan tahun manis 2009 dengan menjunjung Target 2010 kita. Ingatkan antara satu sama lain tentang Target kita pada tahun 2010 ini. Teruskan tradisi untuk membantu each other, kurangkan masalah, tingkatkan kualiti serta produktiviti kita.

Kepada para Ibubapa, teruskan menyokong Program Kemajuan Orkestra Keluarga kita ini. Jangan sesekali merasa bahawa anda adalah org luar, tetapi anda adalah sebahagian daripada keluarga besar kami. Teruskan memberikan pandangan, sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bahagi kepada keluarga besar kita ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu Keluarga TheR ini. Tanpa anda siapalah kami.

Kami ingin memohon maaf anda sepanjang saya dan PN. SHAHRUL mengurus pasukan ini, andai ada salah dan silap harap dimaafi dan diperbetulkan. Kami masih lagi belajar erti mengurus satu keluarga yang besar ini.

Semoga Tahun 2010 ini menjanjikan tahun yang Cemerlang Untuk PASUKAN KLUSTER KECEMERLANGAN WIND ORCHESTRA SMSS.


Wassalam.

Rizal Isa
Operation/Orchestra Manager

muhd_rizal@live.com

p/s: InsyaALLAH meeting pengurusan pertama akan bermula 9 hb ni.