Saturday 2 January 2010

Selamat Datang 2010

Assalamualaikum tahun 2010.....

Tanggal 4/1/10, bermula lah secara rasmi kalender persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Akan Kembali la semua warga SBP ke asrama pada 3/1/10 membawa misi, visi serta harapan dengan semangat yang baru dan mind yang telah direfreshkan.

Kalender Wind Orchestra SMSS @ The Renaissance 09/10 telah masuk ke pertengahan musim dengan pelbagai pelan serta tindakan  program yang telah dirancang sejak sekian lama. Program yang melibatkan kos beratus-ratus ribu ini hendaklah diikuti oleh semua warga TheR dengan penuh semangat, Tawaduk serta Istiqamah. Jangan lepaskan peluang dan kesempatan yang diberikan. Gunakanlah sebaik yang mungkin.

Pada 24 hb yang lepas, keputusan PMR telah keluar dan Alhamdullilah hampir keselutuhan warga TheR ting. 3 berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tahniah serta Syabas. Tetapi jangan dilupakan kepada Ahli keluarga kita yang kurang bernasib baik, sama2 naik untuk ke ting. 4 yang penuh dengan cabaran.

Kepada pelajar yang lain, tahniah kepada yang berjaya mendapat tempay di kelas yang terbaik. Kepada yang tak berjaya, pastikan diri anda berusaha untuk mendapat tempat tersebut pada tahun seterusnya. Target O.M. untuk akademik adelah untuk memastikan semua warga TheR mendapat tempat 2 kelas TERBAIK. InsyaALLAH.

Pelbagai alat yang baru akan mula masuk tak berapa lama lagi, maka kepada Warga TheR yang telah diamanahkan untuk bermain alat tersebut, berlatihla bersungguh2 dan pastikan diri itu mampu untuk bermain alat tersebut pada waktu preliminary nanti. Amat llah rugi kepada pasukan jika mempunyai alat-alat tersebut tetapi idak mampu dimainkan oleh pelajar.

Kita tinggalkan tahun manis 2009 dengan menjunjung Target 2010 kita. Ingatkan antara satu sama lain tentang Target kita pada tahun 2010 ini. Teruskan tradisi untuk membantu each other, kurangkan masalah, tingkatkan kualiti serta produktiviti kita.

Kepada para Ibubapa, teruskan menyokong Program Kemajuan Orkestra Keluarga kita ini. Jangan sesekali merasa bahawa anda adalah org luar, tetapi anda adalah sebahagian daripada keluarga besar kami. Teruskan memberikan pandangan, sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bahagi kepada keluarga besar kita ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu Keluarga TheR ini. Tanpa anda siapalah kami.

Kami ingin memohon maaf anda sepanjang saya dan PN. SHAHRUL mengurus pasukan ini, andai ada salah dan silap harap dimaafi dan diperbetulkan. Kami masih lagi belajar erti mengurus satu keluarga yang besar ini.

Semoga Tahun 2010 ini menjanjikan tahun yang Cemerlang Untuk PASUKAN KLUSTER KECEMERLANGAN WIND ORCHESTRA SMSS.


Wassalam.

Rizal Isa
Operation/Orchestra Manager

muhd_rizal@live.com

p/s: InsyaALLAH meeting pengurusan pertama akan bermula 9 hb ni.