Sunday, 30 November 2008

Plan Waktu Cuti.....

What is your Plan during This Long Break Holiday?????

Send Your Comment!!!

Wednesday, 26 November 2008

ALAT MUZIK.....

Alhamdullilah......

Setelah menuggu for more than 3 months, melepasi pelbagai kesusahan dan penderitaan. Akhirnya Alat Muzik Yang beharga RM143,000.00 telah selamat sampai di bumi Bertuah SMSS.

Another Vital work waiting for us:
  1. To recruit new team member to play those instrument.
  2. To well know/play/expert in playing new score Ireland
  3. To work as a family and team regardless batch, gender.
  4. To be happy and enjoy and Thanks to GOD for what HE Bless us
Work Hard and Smart.
Rancang Kejayaan Johan 2nd Division

Sunday, 28 September 2008

Hari Raya!!!

Orchestra SMSS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin


p/s: Ade Rezeki adelah Jamuan Raya Orkestra! Doa2lah bersama!!!

Monday, 4 August 2008

Orchestra SMSS on YouTube!!!

Orchestra SMSS on Youtube!!! Lagu Gunung Kinabalu. Show during Pertandingan Awal Wind Orchestra SBP 2008 di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah.

 

GUnung KInabalu, WOC 2008!!!

Sunday, 27 July 2008

Semangat Makin Jatuh?

Ni satu cerita yang mengemparkan dan memilukan hati bile dapat tau ade budak2 warga orkestra yang semangatnya telah jatuh dan buat pelbagai aktiviti yang boleh mengancam kedudukan pasukan orkestra seperti tak nak turun latihan ngan keluar daripada band without consent from authority.

Sesungguhnya perkara ni akan menyebabkan pelbagai program kemajuan orkestra 2009 yang telah dirancang selama ni terganggu dan menyebabkan pelbagai masalah.

Masalah ini akan menjadi bertambah teruk dengan ketibaan alat2 baru yang dijangka tiba tak berapa lama lagi. Alat dah ade tapi takde pemain yang berkualiti nak main. Kepada semua pemain, please do take this as serious matter. Anda mempunyai tanggungjawab bagi memastikan tahap profesionalisme anda pada tahap yang tinggi. Sebagai Badan Beruniform paling Mahal kat SMSS, anda kena memastikan bahawa anda juga 'mahal' dengan memastikkan anda mempunyai didiplin yang tinggi dan mempunyai skill yang tinggi.

Jangan kan kerana tak suka dengan ahli pasukan yang lain menyebab kan anda ingin keluar daripada keluarga orkestra. Remember, this is our family, selisih faham tu memang biasa dan dont take it as serious matter. By applying concept give and take InsyaAllah perkara ni boleh selesai.

To my dearest form 3, please jangan keluarkan kenyataan anda nak keluar daripada Keluarga orkestra sesuka hati sebab perbuatan ni akan meruntuhkan martabat anda, band dan dalam masa yang sama menimbulkan huru hara dalam band. Kami faham mungkin disebabkan tekanan perasaan disebabkan PMR yang akan menjelang tiba, korang buat macam ni. Untuk pengetahuan semua, Pn. Shahrul akan melepaskan semua F3 daripada sebarang program orkestra tak lama lagi bagi membolehkan anda memberikan fokus sepenuhnya kepada peperiksaan anda.

Kepada yang lain, tlg berikan kerjasama dengan menghadiri sebarang latihan wajib persatuan. Tu yang penting. Kami mahu anda luangakan masa 10 jam seminggu untuk fokus aktiviti orkestra. Tetapi dalam masa yang sama jangan abaikan aktivti Akademik anda yang menjadi main job kita semua. Sebarang masalah jangan simpan dalam hati. Terus jumpa cikgu atau senior atau email@sms Bro Rizal untuk kami cuba selesaikan masalah anda.

To all parents, please continue to support your children. Jika ada masalah seperti masalah akademik anak atau masalah disiplin anak atau masalah kesihatan anak atau apa2 sahaja masalah, diharapkan kita dapat berbincang dengan baik bagi mencapai penyelesaian yang baik dan tidak membuat tindakan seperti mengarahkan anak2 masing2 keluar daripada keluarga orkestra. Sebarang aduan atau cadangan boleh diajukan terus kepada Pn Shahrul@En. Nizam(ketua Jawatankuasa IBUBAPA)@ Rizal. InsyaAllah kita boleh sama2 selesaikan.


Sepakat Membawa Berkat.
Semoga Allah Sentiasa Memberkati Kita

With regards,
Muhammad Rizal Mat Isa
Perunding Operasi,
Pasukan Orkestra SMSS

Saturday, 28 June 2008

Meeting Kedua

By Will of ALLAH, akhirnya kita berjaya mengadakan meeting jawatankuasa ibubapa&guru Orkestra. Banyak benda dah dibincang dan berjaya diselesaikan. Jutaan Forte terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa kerja kerana sudi meluangkan masa berharga untuk duduk semeja bagi membincangkan masalah band. Terima kasih juga atas sumbangan peribadi yang dihulurkan. InsyaALLAH we will develop family far more better!!! Bagi pihak pelajar, kami sungguh terharu dengan segala pengorbanan ibubapa dari segi wang ringgit, semangat, dan segala macam. Terima kasih dan InsyaALLAH student will work more harder than before.!!! TQ again!!

Sunday, 22 June 2008

FInale Wind Orchestra SBP

Alhamdullilah, Finale Wind Orchestra SBP telah berakhir dengan baik dan lancar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga THER yang telah membantu dengan menjadi petugas sewaktu program. Anda telah berjaya capai target 'below 10' pencapaian cemerlang!!!. Kepada ibubapa yang hadir diucapkan ribuan terima kasih dan diharapkan kita dapat terus bekerjasama bagi memastikan TheR dapat berpeluang duduk di atas pentas Plenari HALL PICC, InsyaALLAH!!!!. Kepada semua pemain TheR, teruskan perjuangan dan fokus dalam orkestra tanpa melupakan AKADEMIK anda. InsyaALLAH kita boleh berjaya dan setaraf dengan mereka. TQ again for everything!!!

Saturday, 14 June 2008

Finale Wind Orchestra 2008

Kami ingin menjemput mana Ibubapa ke pertandingan akhir Wind Orchestra SBP 2008 di Putrajaya Convention Centre pada 21 JUN 2008 bersamaan hari sabtu pada jam 2 petang. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan.
Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada saya

Sunday, 1 June 2008

Mesyuarat Kali Kedua Wind Orchestra SMSS

Untuk Pengetahuan Semua, Meeting Orkestra SMSS yang dijadualkan diadakan pada hari sabtu 14/6/08 ini telah ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Sekian Harap Maklum

PIC Lagi!!!!

Kat Kawasan R&R Genting Sempah

Saturday, 24 May 2008

Selamat Bercuti

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA ORKESTRA!!! JANGAN LUPA BACA BUKU DAN BUAT LATIHAN SECTIONAL!!! KEPADA YANG INGIN BELI ALAT BARU , SELAMAT MEMBELI DAN BERHATI2 SEMASA MEMILIH!!!!!

Monday, 19 May 2008

GAMBAR KENANGAN DI SEMSAS


GAMBAR KENANGAN DI SEMSAS

SEWAKTU LATIHAN DALAM BILIK KAT SEMSAS


UNDER THE TREE...



MUKA TENGAH TENSION, 5 MINIT BEFORE SHOW

WITH MR PAUL, MALAYSIAN PHILHARMONIC ORCHESTRA

Monday, 12 May 2008

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Semoga Berjaya diucapkan kepada semua warga Renaissance samada di SMSS @ UIA dalam menghadapi peperiksaan pertengahan tahun@mid sem!!!! InsyaAllah Cemerlang!!!

Tuesday, 6 May 2008

Database Parent

Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa keluarga The Renaissance kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat pertama jawatankuasa Ibubapa Wind Orchestra SMSS. Kita telah mendapat banyak feedback selain dari berkenalan dengan ibubapa.

Untuk Pengetahuan semua, saya telah menghantar email yang mengandungi borang maklumat peribadi kepada semua Parent yang telah menghadirkan diri. Kepada ibubapa yang tak dapat email. Sila hubungi saya secepat mungkin bagi membolehkan saya menghantar email kembali secepat mungkin

Monday, 21 April 2008

Pasukan Orkestra SMSS 2008

Pasukan Orkestra SMSS 2008 di Pertandingan Awal Wind Orchestra SBP Di SemSas, Pahang
Pembawa Anugerah Emas Ke Bumi SMSS

Sunday, 20 April 2008

Cadangan Mesyuarat Pertama Comitte WIND ORCHESTRA SMSS

Untuk pengetahuan semua, OC dan Guru telah bercadang untuk mengadakan mesyuarat pertama jawatankuasa Pembangunan&Kemajuan TheR. Tarikh cadangan adalah seperti berikut,

  1. Tarikh: 3 May 2008
  2. Hari : Sabtu
  3. Masa : 2.30 pm
  4. Tempat: SMSS
Segala maklumat berkaitan program ini akan disalurkan melalui anak2 tuan-puan dan juga melalui laman blog ini. Diharapkan jua jasa baik para ibu bapa agar dapat menyebarkan berita ini kepada ibu bapa yang lain. TQ. sebarang pertanyaan, dipersilakan untuk menghantar email kepada saya rizal_8802@hotmail.com

Mini Konvo & Hari Keusahawanan Muda SMSS

ALhamdullilah pada 18&19 April yang lalu telah berlangsung satu program yang besar oleh SMSS iaitu(rujuk kepada tajuk). Pasukan Orkestra SMSS telah diamanahkan untuk mengiringi upacara hormat. BUAT KALI PERTAMA dalam Sejarah, TheR telah mempersembahkan Lagu WILAYAH menggunakan skor yang baru dibeli daripada EN Suhaimi berharga RM500. Kos untuk pembelian skor ini ditanggung hasil kutipan derma daripada ibubapa TheR yang dikutip sewaktu Majlis Pratonton Wind Orchestra SMSS. Tq ayah, ibu, mama, papa, daddy, mak atas segala bantuan. Untuk pengetahuan semua, Setakat ini hanya TheR sahaja yang mempunyai Skor lagu Wilayah. Kepada mana2 pasukan yang nak ni, boleh hubungi saya. hehe!!! Sambung balik, Pasukan TheR juga telah diberi peluan untuk membuat sedikit persembahan kepada ibubapa dan para jemputan semasa majlis jamuan rasmi selepas mini konvo. TheR telah mempersembahkan lagu Star Wars, Khayalan(v.E), dan lagu Apa Guna Berjanji.


Hari Keusahawanan Muda

Pertama-tamanya jutaan Forte terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa TheR kerana memberikan kerjasama yang hanya Allah boleh membalasnya. Ibu Bapa TheR telah menyumbangkan pelbagai bahan-bahan niaga. Untuk pengetahuan semua, TheR tak mengeluarkan sebarang modal kerana semua MODAL DITAJA sepenuhnya oleh ibubapa TheR. Hasil kutipan..... berjumlah RM 700 lebih. Terima kasih daun keladi sekali lagi diucapkan. Kita dapat lihat sewaktu jualan berlangsung, ibu bapa datang dan sama2 terlibat menyumbangkan idea untuk membuat milkshake yang terbaik dan pelbagai jenis. Ade ibubapa datang menyumbangkan air botol, Mee goreng, Gelang tangan dan Pelabagai lagi barang. TQTQTQTQTQ again. Diharapkan semangat kerjasama ini dapat diteruskan agar Keluarga kita ini akan dapat terus makmur, sejahtera dan cemerlang. Dari pihak OC dan Guru, kami mengucapkan terima kasih. (Banyak betul terima kasih, hehehe!!!)

Wednesday, 16 April 2008

Jualan!!!

Dah lama dah tak menulis dalam blog ni. Terus terfikir untuk menulis balik sebab ade parent yang mula hantar comment dan ni satu perkara yang baik supaya pihak management orkestra mempunyai saluran perhubungan dengan semua warga orkestra The Renaissance termasuk parent, jurulatih, Guru, Pembekal barangan, Perunding Orkestra@OC dan semua yang terlibat dengan keluarga Yang semakin membesar ni. Pada 18-19 april ni bertempat di SMSS, The Renaissance@TheR akan mengadakan jualan bersempena Hari Keusahawanan Muda dan Mini Konvo SMSS. Harap ramai ahli keluarga TheR dapat datang untuk menyokong sekaligus menambahkan dana TheR. Bagi pihak management, hubungan yang akrab antara ahli keluarga TheR dapat diteruskan serta dibawa ke tahap yang lebih baik... InsyaAllah tak lama lagi akan diadakan satu mesyuarat pertama jawatankuasa Kecemerlangan Orkestra yang bakal dianggotai oleh ibu bapa dan juga pihak management orkestra SMSS. Di sini saya ingin mempersilakan mana2 ibu bapa@sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila email ke rizal_8802@hotmail.com

Friday, 4 April 2008

Wind Orchestra SBP 2007

SMSS Sport's Day

Damn!!! Ni la hari sukan paling boring and flat giler. Macam2 masalh band kena hadapi untuk hari sukan ni. Pelik giler, lagu negaraku ngan lagu wilayah dimainkan guna radio walaupun Ade satuPasukan pancaragam yang berjumlah 45 org tercongok kat situ. Ape nye mentaliti la pentadbir yang diketuai oleh RAJA. Acara untuk student biarla student punye aktiviti bukan RAJA nye mantaliti. PK yang hadir pun sekadar menengok dan mengikuti arahan raja. Menambah peliknya, kenapa program macam ni takde bacaan doa nak pohon rahmat daripada Allah? patutla hujan lebat giler ngan petir(silap2 haribulan org tu yang kena panah). Rasa dengki membara tak akan membawa ke mana...... Sabar ajelah warga The renaissance, ade rezeki bulan 12 ni kita gi BANGKOK. Kita buktikan yang pasukan kita pun boleh pergi luar negara!!!!.

Tuesday, 1 April 2008

Latihan Orchestra

Disebabkan ramai form 5 yang akan pergi meninggalkan pasukan orkestra (of course sebab dah form 5) kena berusaha sekeras mungkin nak tambah balik bilangan pemain. Kena buat dengan segera takut nanti bila budget orkestra dah masuk bulan 6 nanti takde student yang nak main. Payah tu!!!! Semua kena usaha kuat!!!!!! Tahun depan nak aim dapat johan division kena la usaha giler2.

Sunday, 30 March 2008

LOGO ORKESTRA SMSS


Ni la logo baru pasukan ORKESTRA SMSS The Renaissance.....

Hari Sukan SMSS 2008

Untuk kejohanan sukan SMSS 2008, Band SMSS akan membuat persembahan yang simple dan mudah coz kita agak sibuk skit untuk pertandingan wind orchestra sbp. esok isnin dah nak start dah latihan marching dan hanya ade 3 hari je nak buat latihan semua tu. lolz. Buat dek je la. Malam esok akan ade post mortem WOC SBP with dearest and brutal coach Azhar. Comel gile bile dia mesej kat bebudak 'sayang semua'. hahaha. Sir Azhar, budak2 pun sayang ngan SIR. hahaha. Nanti bila dah dapat gambar akan ku upload kan dalam blog ni. ok... kukuku

Wind Orchestra SBP SMSS 2008

Akhirnya penantian lama untuk membawa 'something' yang berharga for Orkestra SMSS termakbul jua. Setelah 4 tahun menanti dengan penuh sabar, akhirnya The Renaissance telah berjaya membawa pulang ANUGERAH EMAS!!!.