Saturday, 28 November 2009

Acthung!!! Acthung!!!! Penting ni

Atas nasihat 2nd Conductor, Semua Ahli orkestra diminta membawa selimut untuk digunakan sebagai penyerap bunyi bilik muzik untuk kegunaan sepanjang kem ini.

so jangan lupa bawak Selimut@kain tebal


p/s Kita berkelubung ramai dalam bilik muzik LOL!!!!

Wednesday, 25 November 2009

Kem Kebitaraam Orkestra 09'

Seperti mana yang semua telah maklum, Pasukan Orkestra SMSS@ The Renaissance akan mengadakan Kem Kebitaraan Orkestra 09;  Berikut adalah butir-butir program


            Tarikh  pendaftaran      :   30  November 2009
            Masa                             :   4.00  hingga 6.00 petang. (Team Management 12.00 p.m.)
            Tempat                          :  Asrama  Sekolah Menengah Sains Selangor
            Tarikh Bengkel             :   30 November-7 Disember 2009

Perhatian:
1)Jangan lupa untuk MEMBAWA SURAT KEBENARAN IBUBAPA YANG DITANDATANGANI SECARA SAH OLEH IBUBAPA/PENJAGA; Kegagalan anda membawa surat itu menyebabkan anda tidak dibenarkan ikut.

2) Pastikan anda membawa peralatan yang diperlukan. Maklumat adalah dibawah

-Baju Outing (tahun 2009)
-Baju Batik
-Baju Kemeja Hitam Lengan  Panjang
-Seluar Slack Hitam/Skirt Hitam Panjang
-Tudung  Jingga (perempuan)
-Baju Rumah Sukan 2009 (Pendekar dan Perwira)
-Seluar Sukan
-Baju T-Berkolar (bebas)  x4
-Barang-barang Keperluan Diri
-Stokin Hitam (Pertandingan)
-Kasut Hitam
-Kasut Sukan

p/s: Jangan Lupa bawak Pot Luck 30 hb nanti kalau tak, marah Pengarah Pot Luck iaitu sauDari Durra;)

Sebarang masalah sila hubungi Saya


Thanks





Saturday, 21 November 2009

REHAT


Gambar Ini diambil sewaktu break antara practice. Hmmm. Bila melihat jumlah alat yang semakin membesar  macam terasa nak pohon budget kluster untuk bangunan plak. Maybe bila dah dapat taraf SBT tu nanti adalah peruntukan tu.

Dulu waktu 2005, kecik je band ni. tak sampai 30 org. Skang, kalau nak kemana-mana memang kena tempah dua bas, memang susah betul

p/s: Susah yang menyenangkan hati!!!

p/s Suka lihat Horn yang berharga RM 9000 tu duduk susun berbaris. Nice!

Friday, 20 November 2009

Pagi yang Gelap, Kini sudah Hujan





Pada 16 November 2009 yang lepas, SMSS telah mengadakan larian relay Tasik Permaisuri. Untuk pertama kali pasukan telah dijemput untuk membuat persembahan bagi memeriah kan lagi program tersebut. Namun Hujan Lebat yang pada mulanya renyai2 bahasa telah memaksa pasukan berhimpit dalam satu khemah dan terpaksa dipayungi oleh guru cemerlang (GC) SMSS untuk mengelakkan daripada alat yang berharga RM13,000@TUBA basah dicucuri dengan air hujan(Mahal tu boleh buat downpayment nak klua BMW sebijik)

Namun, Tahniah kepada semua termasuk la Conductor walaupun conduct dalam hujan pun rileks lagi. Sekalung perhargaan juga kepada PN. Shahrul kerana kita dapat main hujan sambil berlari-lari anak sama2(Habis basah kuyup semua org); Takpe nasib baik alat selamat. Tu yang penting!!!

Thursday, 30 July 2009

Picture

To all,

Whoever have any picture related to orchestra and Marching TheR and would like to share with others, Please do send via email to muhd_rizal@live.com

Thanks again and have a nice 1 week outbreak H1N1 Break!!!

p/s form 3, jangan lupa study dah nak trial 10 ogos ni.

Saturday, 11 July 2009

Sekolah KLUSTER KECEMERLANGAN ORKESTRA

Alhamdullilah, Baru-baru ini Sekolah Menengah Sains Selangor telah dipilih sebagai Sekolah KLUSTER KECEMERLANGAN. Niche/Group Area yang telah dianugerahkan adalah Kepada Pasukan Orchestra dan Pancaragam. Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa kerjasama dan sokongan padu daripada semua terutamanya daripada keluarga TheR sendir. Thank A lot.



p/s: Pas ni boleh la guna Label KLUSTER KECEMERLANGAN ORCHESTRA kat design Baju!!!