Wednesday 31 March 2010

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT!!!!

Pada 26-28 March yang lepas, TheR telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di Bukit Merah Lake Town Resort, Gunung Semanggol kira2 20 minut daripada SERATAS. TheR telah mendapat jemputan daripada pihak Kelab Prostar Malaysia bersempena Konvensyen Prostar Kebangsaan kali ke X.

Tepat jam 4.15 petang hari Jumaat 26/3, maka berangkat la TheR dari Bumi SMSS ke BMLR. Sebanyak 2 bas dan 1 lori terlibat dalam konvoi ni. 70 orang pelajar, 3 guru dan 8 O.C. telah terlibat untuk menjayakan program ini. Sepanjang perjalanan macam-macam perkara lucu dan pelik telah berlaku. Pengagihan bas pula: Bas Utama (yang mana menempatkan kesemua Team Management, O.C. ketua guru., S.L. dan budak2 terpilih) dan Bas Kedua pula dinaiki oleh team members daripada ting. 2 dan 1 dan dijaga oleh Saudara Rizal Hafiz (Naib Presiden). Dalam Bas utama, lawak Perempuan Kaabah telah berjaya mengamatkan susana. Thanks to O.C. SSS kerana berjaya menyampaikan lawak tu dengan baik.

Setelah berlakunya perlumbaan yang dasyat antara lori, bas utama dan bas kedua, akhirnya kemenangan berpihak kepad O.C Nazeem yang telah sampai dahulu di BMLR dengan menaiki kereta wiranya. Tahniah!!!

Malam tu telah diteruskan dengan taklimat dan ucapan daripada Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa. Selepas tu team percussion telah mengadakan sessi sound check untuk alat percussion mereka (yelah, dah bawak timpani ngan marimba jauh2 kenalah check takut rosak ke ape ke) Seterusnya kami telah di bwa ke kediaman kami. huhuhu. Best ade Aircond.

Keesokkan harinya telah diadakan sessi warming up dan latihan (termasuklah latihan untuk WOC) ini disebabkan seminggu sebelum tu ade exam, so latihan budak tak cukup (kata ARMIM). pada waktu tengahari, TheR telah dibenarkan untuk bersiar-siar sekitar BMLR. Sesuatu benda yang istimewa dan diingini oleh semua orang telah dijumi: MESIN URUT!!!! Hampir kesemua orang try. Kalau ade benda ni kat Bilik muzik, selamat la form 2. huhu.. Pada waktu petang pula, program diteruskan dengan sound check and pemeriksaan lagu Prostar oleh Dr. Ismail. Fuh, nasib baik lepas. kalau tak mana nak arrange lagi.

Pada Malam itu bermulah persembahan yang pertama, persembahan orkestra untuk semua kesemua delegasi Prostar Kebangsaan berjumlah 800 org. Buat pertama kalinya, segmen persembahan  SOLO instrument telah dipersembahkan.

Hari esoknya (hari terakhir) telah diteruskan dengan persembahan untuk VVIP. Datuk Rosnah Shirlin Bt. Abd Rashid Shirlin, Timb. Menteri Kesihatan Malaysia merupakan VVIP yang telah merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Prostar Kebangsaan ini.

Sebaik Habis sahaja program tersebut, TheR telah bersiap-siap untuk pulang ke Bumi SMSS. walaupun sedih tapi terpaksa pulang segera sebab hari isnin ade exam. huhuhu.

TheR telah selamat tiba di bumi SMSS pada jam 9.40 malam. Program diteruskan dengan sambutan Hari Jadi saudari Durratul Fatini. S.L. Trombone. Selamat Hari Jadi dan Selamat Makan Kek Coffee.

Apresiasi tanpa Nokhtah  Diucapkan kepada

Tn Haji Nor Paizin atas sokongan yang tak berbelah bahagi,
Pn. Roslina Ahmad atas Kehadiran di BMLR menyokong kami,
Pn. Shahrul Bariyah, Ibu TheR yang bertungkus Lumus dari Awal.
Para O..C. yang nak sampai tercabut tulang uruskan program
Para Pemain yang bermain dengan baik,
Para Helpers yang membantu dengan sepenuh hati!!!

dan tak dilupakan kepada Dr. Ismail Lasa, Assoc. Patron Wind Orchestra SMSS dan Pn Rooslina bt. Ahmad, Setiausaha Prostar Kebangsaan atas peluang yang telah diberikan dan penat melayan karenah kami.

Terima Kasih untuk semua

Next Program 10 APRIL 2010.......

Adik Baihaqy minat Ultramen,
Jangan Lupa Tinggalkan Komen!!!!