Sunday 20 April 2008

Mini Konvo & Hari Keusahawanan Muda SMSS

ALhamdullilah pada 18&19 April yang lalu telah berlangsung satu program yang besar oleh SMSS iaitu(rujuk kepada tajuk). Pasukan Orkestra SMSS telah diamanahkan untuk mengiringi upacara hormat. BUAT KALI PERTAMA dalam Sejarah, TheR telah mempersembahkan Lagu WILAYAH menggunakan skor yang baru dibeli daripada EN Suhaimi berharga RM500. Kos untuk pembelian skor ini ditanggung hasil kutipan derma daripada ibubapa TheR yang dikutip sewaktu Majlis Pratonton Wind Orchestra SMSS. Tq ayah, ibu, mama, papa, daddy, mak atas segala bantuan. Untuk pengetahuan semua, Setakat ini hanya TheR sahaja yang mempunyai Skor lagu Wilayah. Kepada mana2 pasukan yang nak ni, boleh hubungi saya. hehe!!! Sambung balik, Pasukan TheR juga telah diberi peluan untuk membuat sedikit persembahan kepada ibubapa dan para jemputan semasa majlis jamuan rasmi selepas mini konvo. TheR telah mempersembahkan lagu Star Wars, Khayalan(v.E), dan lagu Apa Guna Berjanji.


Hari Keusahawanan Muda

Pertama-tamanya jutaan Forte terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa TheR kerana memberikan kerjasama yang hanya Allah boleh membalasnya. Ibu Bapa TheR telah menyumbangkan pelbagai bahan-bahan niaga. Untuk pengetahuan semua, TheR tak mengeluarkan sebarang modal kerana semua MODAL DITAJA sepenuhnya oleh ibubapa TheR. Hasil kutipan..... berjumlah RM 700 lebih. Terima kasih daun keladi sekali lagi diucapkan. Kita dapat lihat sewaktu jualan berlangsung, ibu bapa datang dan sama2 terlibat menyumbangkan idea untuk membuat milkshake yang terbaik dan pelbagai jenis. Ade ibubapa datang menyumbangkan air botol, Mee goreng, Gelang tangan dan Pelabagai lagi barang. TQTQTQTQTQ again. Diharapkan semangat kerjasama ini dapat diteruskan agar Keluarga kita ini akan dapat terus makmur, sejahtera dan cemerlang. Dari pihak OC dan Guru, kami mengucapkan terima kasih. (Banyak betul terima kasih, hehehe!!!)

No comments: